Thursday, August 09, 2012

zaman sekarang



ANDA SUKA MENGUMPAT???? 
BOLEH & ADA YANG TAK BOLEH

Perbuatan menyebut sesuatu YANG BETUL tentang seseorang yang sekiranya ia mengetahui, pasti akan marah.Ana sebut kat sini yang betul tau.. if tak betul camne pulak yer?? soooo..maksudnya MEMFITNAH. Nauzubillah. Moga kita terpelihara daripada sifat mazmumah tu.
Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w bertanya para sahabat : "Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?"
Para sahabat menjawab: " Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Rasulullah s.a.w menjawab: "Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia marah sekiranya dia mengetahui."
Sahabat bertanya : "Sekiranya apa yang saya sebut itu benar-benar wujud, adakah dikira sebagai mengumpat juga?"
Rasulullah s.a.w menerangkan: " Sekiranya apa yang kamu sebut itu benar-benar wujud, maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya tidak benar, maka kamu dikira memfitnah."


6 MENGUMPAT YANG DIHARUSKAN:

Dalam kitab Ihya' Ulumuddin, setelah Imam Al-Ghazali menjelaskan panjang lebar berkenaan larangan mengumpat, dinyatakan 6 keuzuran yang diharuskan mengumpat.

Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku.
Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut. (Bahkan ada kalanya wajib pendedahan ini apabila melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan akan datang)
Meminta fatwa daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah s.a.w. tentang suaminya yang kedekut.
Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan hamba yang bakal dibeli dan seseorang yang akan diserahkan amanah. Demikian juga sekiranya seseorang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukan sekiranya ada. Terdapat 3 golongan manusia seandainya diceritakan keburukan mereka maka tidak dikira mengumpat iaitu pemimpin yang zalim, ahli bidaah dan seorang yang terang kefasiqannya.
Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti buta, tempang dan sebagainya.
Seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan seperti lelaki yang mengubah jantinanya, minum arak, berzina dan sebagainya. Tapi, jika dilakukan secara tersembunyi, maka tidah harus menyebut tentang mereka.
Namun, 6 situasi di atass mestilah dikawal yang bermaksud setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat sahaja. Lebih baik sekiranya nama seseorang tidak disebut.

LARANGAN MENGUMPAT

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :

"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".
Hadis Riwayat Abu Daud




Balasan bagi org yang suka mengumpat
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:
“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.
(Abu Daud dari Anas)
Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


KESIMPULAN

Oleh itu, marilah kita berusaha untuk menjauhi mengumpat seperti yang ditegah oleh Rasulullah kecuali urusan yang diharuskan kita mengumpat. Marilah juga kita sama-sama berusaha menjaga lidah kita kerana di mahkamah Allah nanti, lidah inilah yang akan menjadi saksi atas setiap perkataan dan ucapan yang diperkatakan.
Moga Allah sentiasa membuka hati kita untuk menjadi insan yang semakin baik dari hari ke hari. Dan semoga lidah kita juga mampu mengeluarkan kata-kata hikmah agar dapat mengajak lebih ramai umat islam beriman kepada Allah dan tidak tersia oleh kata-kata bisikan syaitan.

Wallahu'alam.

SEKADAR INGATAN BERSAMA


No comments:

Post a Comment